/how-get-legal-aid
/content/seeing-lawyer-—-simple-guide
http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_details&gid=639&Itemid=120
/links/useful-links

Halaman Utama

Pada masakini, kejahilan undang-undang bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Undang-undang dan sistem perundangan merangkumi selok-belok kehidupan seharian kita.

Oleh itu, Pusat Bantuan Guaman cuba untuk memberikan penerangan kepada masyarakat berkenaan aspek-aspek perundangan dan mendidik mereka hak-hak asasi mereka.

Visi & Misi

Pusat Bantuan Guaman percaya bahawa tanggungjawabnya di dalam masyarakat adalah untuk membantu dalam memastikan prinsip dan falsafah kesaksamaan dan memberi perlindungan undang-undang

Pusat Bantuan Guaman adalah selangkah dalam memastikan mereka yang tidak berkemampuan mendapat perlindungan undang-undang dan hak mereka terbela.

Objektif utama Pusat Bantuan Guaman adalah untuk memberikan peluang yang sama kepada setiap lapisan masyarakat dalam mempertahankan hak asasi dalam undang-undang.